Friday, September 16, 2016

Kuih Dorayaki



Bahan-bahan


  • 100 gram tepung gandum
  • 60gram gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh madu
  • Setengah sudu kecil soda bikarbonat
  • Setengah sudu kecil esen vanilla
  • Setengah sudu teh minyak masak
  • 50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti :

inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:


1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake

Ayam percik meletop



Bahan-Bahan


  • 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
Bahan perap
  •  3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
Bahan kuah

  • 10 ulas bawang merah
  • 3-6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Garam
  • gula secukupnya
  • 1/4 asam keping(letak sekejap saja takut masam sangat)
Cara penyediaan


#1: kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
P/s(kalau tak nak bakar guna oven pon boleh)

#2: sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.

#3: kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

#4: Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan

Selamat mencuba!



Thursday, September 15, 2016

Resepi nasi lemak yang sedap dan mudah dibuat

Resepi Nasi Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nasi lemak biasanya di makan pada waktu pagi. Tetapi kini ianya juga dinikmati  pada waktu makan tengah hari, petang dan malam. Ini menjadikan nasi lemak kini adalah satu sajian makanan yang popular dan ringkas yang menjadi pilihan warga kota yang sibuk. 



Bahan untuk nasi

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan santan 
  • 3 cawan air ( anggaran saja –kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
  • 3 hiris halia  
  • 1 helai daun pandan  
  • 3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam  
Cara-caranya  
Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.    

Bahan untuk sambal

  • 6 sudu besar cili giling
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk atau dikisar
  • 2 biji bawang besar ditumbuk atau dikisar
  • Sebiji bawang besar ditumbuk atau dikisar sebiji lagi dihiris
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (kalau suka)
  • sedikit garam,gula dan perasa
Cara membuat sambal :

  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.  
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dan masukkan ikan bilis yang telah di goreng
Bahan sampingan lain 
  1. Telur goreng/rebus
  2. timun
SELAMAT MENCUBA!

Resepi nasi goreng ayam paprik ala thai

Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai




Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)


  • 3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 seduk kecil cili kering blender
  • 1 sudu besar paste tomyam
  • isi ayam (ikut selera)
  • sayur kubis (ikut selera)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan Paprik Campur –


  • Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji cili padi (diketuk)


Cara Memasak:

Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga masak

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.

4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.


Paprik campur –
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
Resepi Nasi ayam paling simple dan sedap!


Resepi Nasi Ayam – Adakah anak-anak suka makan nasi ayam dan tidak bosan memakannya? Hampir semua anak suka makan nasi ayam. Tetapi jika nak tiap hari kita pergi ke kedai untuk beli nasi ayam, berapa wang yang boleh habis kerana harganya tidak murah. Oleh itu, sebaiknya anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan boleh mengajak anak anda untuk serta masak.

Bahan-bahan


  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • -2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • -2 cm halia, ditumbuk halus
  • -sos tiram
  • -kicap cair
  • -kicap manis
  • -madu
  • -minyak bijan


Bahan untuk nasi

  • -3 cawan beras
  • -4 cawan air rebusan ayam
  • -2 sudu besar mentega
  • -1 cm halia ditumbuk halus
  • -3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • -garam
  • -2 bunga lawang
  • -4 buah pelaga
  • -1 kayu manis
  • -2 helai daun pandan
  • -1 helai daun salam
  • -susu full cream
  • -garam
  • -serbuk ayam
  • -gula
  • -bawang goreng

Bahan untuk sos:

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam
Cara masak ayam

  1.  Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  2. Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  3. Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu mangkuk.
  4. Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  5. Sejukkan ayam kurang lebih 1 jam.
  6. Goreng ayam dengan kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  7. Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  8. Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.
Cara buat nasi ayam
  1. Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  2. Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan daun pandan 
  3. Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  4. Tunggu sehingga masak
Cara buat sup nasi ayam

  1. Air rebusan ayam tadi dimasak lagi,campurkan juga garam,jeruk kubis dan jugak serbuk pati ayam
  2. Letak hirisan daun sup,sedia dihidangkan
cara buat sos nasi ayam
  1. Campurkan halia,cili merah,bawang putih dan masak didalam kuali
  2. Masukkan air rebusan ayam lalu masukkan garam,gula dan cuka secukupnya
  3. Masak hingga pekat bahan-bahan diatas
Cara buat kicap nasi ayam
  1. Air kicap hasil perapan ayam diatas dimasak lagi sehingga mendidih
  2. angkat dan siap dihidangkan

Selamat mencuba!