Monday, September 19, 2016

Resepi Ikan patin masak tempoyak yang simple dan sedap






Bahan-bahan

  • seekor ikan patin.
  • segengam cili padi (kalau xsuka pedas berasap, kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 bunga kantan -dibelah 4
  • Segengam daun kesum
  • 1 asam keping
  • Garam

Cara-cara

1.Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.

2. Masukkan bunga kantan.

3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut.

4. Masukkan daun kesum.

5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.

Resepi kambing panggang yang senang dan simple




(hidangan untuk 6 orang)


Bahan-bahan :

  • 6 potong daging kambing
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam.
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak

Sunday, September 18, 2016

Resepi ayam goreng mamak ori dari penang




Bahan-Bahan:

  • Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.

Cara penyediaan:
1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung


Selamat mencuba!

Saturday, September 17, 2016

Resepi sate ikan simple


Bahan-bahan:


  • 500g isi ikan selayang – dikisar lumat
  • 100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 1 sudu besar garam
  • 1/3 sudu teh serbuk perasa – saya tak letak
  • 1 sudu besar baking power – saya tambah


Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.



SOS MANIS

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • 4 sudu makan gula
  • ½ sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.


*Untuk sos pedas, pula, Saya bahagiakan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas

Resepi ikan siakap 3 rasa






Bahan-Bahan:

Bahan untuk menggoreng ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
Hiasakan dengan daun bawang.

Selamat Mencuba!

Resepi ayam masak sambal simple







BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dibersihkan dan diperap bersama garam dan kunyit
  • 15 biji cili kering | dikisar
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 batang serai | dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


BAHAN KISAR:

  • 1 inci halia
  • 6-7 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih


CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam kuali berasingan, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar bersama dengan serai. Tumis hingga cili menjadi pecah minyak.
4. Tambahkan air asam jawa sedikit demi sedikit. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, September 16, 2016

Resepi chicken chop simple


Bahan-bahan perencah untuk diperapkan bersama daging ayam (tak buat pun ok, tapi kalau diperap lagi sedap!)
2 sudu besar sos ‘Worcestershire’ (saya guna brand MAGGI)
1 sudu besar sos titam
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 sudu besar jus halia (tumbuk2, perah dan ambil airnya)
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
* * * * Kesemuanya diperap selama 3-4 jam. Kemudiaan dimasukkan ke dalam peti ais selama 15minit sebelum digoreng. (TIPS : jangan lebih 15minit dalam peti ais yea)

Cara-cara menggoreng Chicken Chop
1-  Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Pastikan minyak melepasi paras ketebalan ayam

2-  Mula-mula sediakan 3 bekas yang besar. (1bekas untuk  untuk telur, 1bekas untuk serbuk roti dan lagi 1bekas untuk tepung yang dicampur sekali dan digaul rata bersama garam dan lada sulah.
3-  Proses celup-celup –
   a-  celup ayam dalam telur
   b-  salutkan  dalam tepung rata-rata
   c-  celupkan semula dalam telur
   d-  akhir sekali salutkan dengan serbuk roti
4-  Kemudian, goreng hingga masak dan keperang-perangan.
Sedia dinikmati bersama Mushroom Black Pepper Sauce.